Entry: ~korean & japan movie!! yay!!~ Monday, February 18, 2008



hmmmm, betapa sedihnya aku bila dikabarkan bahawa boss aku diserang penyakit yg aku tak paham dan tak reti nak nyebutnya… so, dia di masukkan ke SJMC untuk rawatan lanjut… dan bertambah lagi kesedihan aku bila aku dimaklumkan bahawa boss aku takkan keluar dari hospital sehingga minggu depan… kesian boss aku… boss, semoga cepat sembuh dan semoga boss dapat berehat dengan tenang di hospital yg famous amos itu yaa… saya berjanji akan berkelakuan baik sepanjang ketiadaan boss minggu ini…

 

apa?? berkelakuan baik?? baik laa sangat!! memang nak jadi baik sangat minggu nih… aku akan duduk kat work station aku nih dan memandang skrin computer tanpa kelip2 mata!! takkan buat benda lain, cuma berenti nak gi toilet ngan makan je… yeah!! minggu nih aku nak tengok Korean & Japan online movie!! yes!! yes!!

 

untuk pengetahuan anda2 semua, aku nih suker nengok drama korea & jepun… bukan apa, ekspresi muka diorang nih kelakar, cara diorang bercakap, siap dengan mimik muka yg kelakar sesangat… bahasa diorang pun, mcm lembut jeee… tapi intonasi bahasa jepun lagi lembut la dari korea… *dah macam Malaysian idol,  ekspresi mimik intonasi bagai…* tapi jangan laa drama yg meleret2, 6 bulan baru habis satu drama, taknak laa camtuh!! Itu dah ngarut namanyaaa… *ada tau drama melayu yg tak habis2 kat TV tuh… cuba teka drama apa?? kekeke!!*

 

drama korea yg aku baru aja selesai tengok, Witch YooHee aka Witch Amusement… 16 episod semua nyaa… aku malas nak cerita synopsis drama tuh kat sini, korang tengok la sendiri… ok?? so, aku bercadang, semasa ketiadaan boss aku nih, aku nak nengok Korean movie… first nak tengok 200 Pounds Beauty, lepas tuh 100 Days With Mr Arrogant, then The Millionaire's First Love dan yg terakhir sebuah filem dari jepun, Aya Kito:1 Litre Tears… sume nih aku tengok kat mysoju…

 

memang jawabnyaa seminggu nih, cakap korea je laa aku… aku taknak buat keje, aku nak tengok online movie!! yeehaaaaa!! selamat menonton!!

 

 

 

 

 

 

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments